Featured Article

18 October 2012

Mesyuarat Kelab Sukan & Kebajikan Kraftangan Malaysia(KSKKM) Wilayah 2/2012

KSKKM Wilayah telah mengadakan mesyuarat pada 18 Oktober 2012 di Bilik Mesyuarat Tingkat 1 pada jam 4.30 petang. Mesyuarat kali ini adalah untuk membincangkan mengenai isu semasa KSKKM Wilayah dan juga kedudukan kewangan terkini serta perbincangan aktiviti - aktiviti sukan dan riadah. Mesyuarat tamat pada jam 5.30 petang.





13 June 2012

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH OLEH PRESIDEN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN KRAFTANGAN MALAYSIA (KSKKM-INDUK)


Oleh: Encik Zahir bin Ahmad


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera Dan  Salam Satu Malaysia.

Kemeriahan Pesta Sukan Kraftangan Malaysia ke 18 di Kelantan masih lagi terasa walaupun ia telah berlalu pada 3 Jun 2012 yang lepas. Dengan penuh rasa kesyukuran kehadrat Allah S.W.T, program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan tiada sebarang insiden yang tidak diingini. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Pengurusan Kraftangan,  AJK Induk, Urusetia dan Tuan Rumah, semua peserta dan ahli keluarga yang terlibat kerana menjayakan program ini. 

Yang menang kita raikan, yang kalah diharap tidak berputus asa dan terus berusaha pada masa hadapan. Saya mengucapkan tahniah kepada pemenang sukan dan penerima cabutan bertuah.

Saya mewakili AJK-Induk yang lain memohon maaf sekiranya terdapat sebarang  kekurangan sepanjang majlis ini dilaksanakan. Pihak kami telah pun berusaha sebaik mungkin untuk menguruskan hampir 500 orang peserta dan keluarga di negeri Kelantan.

Dikesempatan ini juga, saya ingin memaklumkan bahawa pelantikan Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia bagi sesi 2012/2014 akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat. Pemilihan tersebut akan dimaklumkan dari masa kesemasa. Adalah diharapkan AJK baru nanti akan lebih dinamik dan mampu membawa KSKKM ke arah yang lebih cemerlang.

InsyaAllah,

Jika ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh jumpa di Pulau Pinang nanti.

Sekian, terima kasih.

“BADAN SIHAT, SILATURAHIM ERAT”

04 June 2012

PSKM-18 Melabuhkan Tirai

Jutaan terima kasih diucapkan di atas sokongan dan kerjasama seluruh warga Kraftangan Malaysia dalam menjayakan pesta sukan ke 18 yang baru sahaja tamat. Tahniah kepada para pemenang dan semoga dapat kita berjumpa lagi dipesta sukan ke 19 nanti yang akan berlangsung di Pulau Pinang.



















27 May 2012

Semak Tempat Penginapan Anda

Kepada semua peserta yang akan ke PSKM-18 di Kelantan nanti. Sila semak tempat penginapan dan nombor bilik anda di e-mel yang di hantar oleh KSKKM-Kelantan di E-Mel Rasmi Kraftangan Malaysia. Sekiranya nama anda tertinggal atau ada masalah-masalah lain berkaitan penginapan ini, sila hubungi Tuan Haji Rosdi segera.

22 May 2012

Senarai Cadangan Hotel Untuk Penginapan Sempena PSKM-18

SENARAI CADANGAN HOTEL UNTUK PENGINAPAN ANGGOTA KERJA DAN KELUARGA SEMPENA SUKAN HUSM KOTA BHARU, KELANTAN

* Jika ada penempahan, ini adalah di bawah urusan peserta sendiri. Senarai ini adalah cadangan bagi membantu peserta yang ingin mencari penginapan yang bersesuaian.




BIL

NAMA HOTEL

ALAMAT

LOKASI

NO. TEL
1
Z & H Inn( Hotel Budget)
Lot 2731,Paya Rambai , Jalan Bayam,15200 Kota Bahru, Kelantan
3 Km dari HUSM,
2 Km dari pusat Bandar. 1Km dari Renaissence Hotel
09- 7486977
2
Crystal Lodge ( Hotel Budget)
124, Jalan Che Su, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Bandar Kota Bharu
09-7470888
3
Dynasty Inn
2865-D & E, Jalan Sultanah Zainab, 15050 Kota Bharu, Kelantan
Bandar Kota Bharu
09-7461616
4
Juita Premier Hotel
PT 60-64. Jalan Pintu Pong, 15000 Kota Bharu Kelantan
Pusat bandar Kota Bharu
09-7446888
5
The One Station Hotel  ( Hotel Budget)
PT 398, (Tesco) Sek 17,15050 Kota Bharu, Kelantan
TESCO
6
Ridel Hotel
Lot A-05-01 Blok A, Jalan Post Office Lama, Sek 9, Kota Bharu, Kelantan
Berhampiran Masjid Muhammadi Bandar Kota Bharu
09-7477000
7
Khalifah Suite & Appartment
Sek.7, Jalan Sultanah Zainab. 15000 Kota Bharu, Kelantan
Depan Masjid Muhammadi
09-09-7477677
8
Ayleesya Inn  ( Hotel Budget)
PT 341, Jalan Sri Cemerlang, Kg Dusun Raja, Sek 27, 15300 Kota Bharu, Kelantan
Bandar Kota bharu, 7 km ke Husm, 3 Km ke Renaissence Hotel
09- 7431110 /
09-7432220
9
Grand Riverview Hotel
Jalan Post Office Lama. 15000 Kota Bharu, Kelantan
Berhampiran Masjid Muhammadi
09-7439988
10
Habib Hotel Sdn Bhd
Lot 1159-1162, Sek. 11, Jalan Maju, 50000 Kota Bharu Kelantan
Bandar Kota Bharu, 7 Km ke Husm, 3 Km Ke Renaisseence Hotel
09-7474788
11
Flora Place
202, Jalan Kebun Sultan 15350 Kota Bharu, Kelantan
Pusat bandar Kota Bharu
09-7477888

12

Ansar Hotel

123 Jalan Maju, Kota Bharu , Kelantan.

 Pusat bandar Kota Bharu 0
09- 7474000
13
Crown Garden Hotel
230, Jalan kebun Sultan,
15350 Kota Bharu, Kelantan
Belakang Public Bank
14
Kelantan Trade Centre
Lot 644, Sek 14, 15200 Kota Bahru, Kelantan
Depan stadium
0139683775

Jadual Pesta Sukan Kraftangan Malaysia ke-18

Jadual terkini sehingga 22 Mei 2012.

Petikan Ucapan Ketua Pengarah




ASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH, SALAM SEJAHTERA DAN  SALAM SATU MALAYSIA

DALAM KESIBUKAN BEKERJA, KITA JUGA PERLU BEREHAT.  PENGURUSAN KRAFTANGAN MALAYSIA MELALUI KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN KRAFTANGAN MALAYSIA AKAN MENGADAKAN SUKAN TAHUNAN DI KOTA BAHARU, KELANTAN.  TARIKH YANG DICADANGKAN IALAH PADA 1, 2 DAN 3 HARIBULAN JUN 2012.  SEMUA ANGGOTA KERJA ADALAH DIALU-ALUKAN DATANG KE KELANTAN UNTUK MEMERIAHKAN SUKAN TERSEBUT. KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN INDUK DIPERTANGGUNGJAWABKAN MENYELARAS SUKAN TAHUNAN INI. 

TUJUAN PENGANJURANNYA ADALAH UNTUK MENGERATKAN HUBUNGAN KEKITAAN DI SAMPING MENGENALI SATU SAMA LAIN SERTA MEMUPUK SIFAT NILAI-NILAI  MURNI DI KALANGAN SEMUA ANGGOTA KERJA DI PERINGKAT IBU PEJABAT DAN CAWANGAN.  SAYA MENYERU SEMUA BAHAGIAN, CAWANGAN MEMBUAT PERSEDIAAN MENYAMBUT SUKAN YANG DIADAKAN SETAHUN SEKALI.

(petikan ucapan ini di ambil daripada Perhimpunan Bulanan Kraftangan Malaysia pada 26 April 2012)

Kod Pakaian Semasa Pesta Sukan Kraftangan Malaysia Ke-18

Semua peserta dan ahli keluarga yang menghadiri PSKM-18, kod pakaian adalah seperti berikut:


Majlis / Program
Kod pakaian
Majlis Penutup Sukan KSKKM Ke 18 Dan Majlis Penganugerahan Khas Ketua Pengarah PKKM
 Batik Casual
Acara Pantai dan Sukaneka
Pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti
Sukan
Pakaian Sukan dan Kasut Sukan

20 May 2012

Pesta Sukan Kraftangan Malaysia ke-18


Pesta Sukan Kraftangan Malaysia ke-18
1 - 3 Jun 2012
Kota Bharu, Kelantan

Warga Kraf dijemput memeriahkan Pesta Sukan Kraftangan Malaysia kali ke - 18. 
Pelbagai acara menarik yang akan dipertandingkan.
Jumpa anda di sana!



Blog - blog Kraftangan Malaysia